PROFAIL RUMAH ANAK YATIM BAITUL AMIN

 LATAR BELAKANG

Rumah Anak Yatim Islam Baitul Amin telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Yang Berbahagia Tuan Sapdin Bin Ibrahim, Pegawai Daerah Pitas merangkap Pengerusi Rumah Anak Yatim Islam Baitul Amin, pada tahun 2013 dengan bantuan sahabat-sahabat yang komited terhadap kerja-kerja kebajikan dan dakwah.

Rumah Anak Yatim Islam Baitul Amin ini, mula beroperasi pada bulan Januari tahun 2014, setelah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Haji Ariffin Bin Mohd Arif pada 11 Disember 2013. Beroperasi di sebuah bangunan dua tingkat yang dibina bernilai RM 200,000 yang disumbangkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah.

Pada masa kini, pengurusan dan pentadbiran Rumah Anak Yatim ini dikendalikan oleh Persatuan Pengurusan Rumah Anak Yatim Islam Baitul Amin, yang didaftarkan ke pertubuhan Malaysia (ROS), dengan nombor pendaftarannya PPM-015-12-04042014. Ketika awal operasinya seramai 19 orang penghuni yang terdiri daripada kalangan anak-anak yatim dan berkeperluan yang datang daripada sekitar Daerah Pitas, Sabah.

Rumah Anak Yatim Islam Baitul Amin, berusaha sedaya upaya untuk menyediakan alternatif kepada pelajar-pelajar anak yatim dan miskin yang tidak mendapat tempat untuk tinggal di asrama kerajaan. Rumah Anak Yatim Islam Baitul Amin, berhara dengan usaha yang sedikit ini, kehidupan sebahagian anak yatim dan miskin terbela dan mendapat pendidikan yang sempurna sama seperti anak-anak lain.

 MATLAMAT DAN TUJUAN

A. Membantu anak yatim dan miskin yang tidak berkemampuan dengan menyediakan tempat tinggal, bantuan persekolahan dan keperluan yang lain.

B. Mengumpul dana bagi tabung rumah anak yatim Islam baitul amin bertujuan menguruskan perbelanjaan serta bantuan kepada anak yatim dan miskin.

C. Menguruskan bantuan daripada orang ramai untuk disalurkan kepada anak yatim dan miskin.

D. Membina sahsiah diri anak-anak yatim dan miskin supaya melahirkan keperibadian mulia serta taat kepada perintah Allah SWT.

ALAMAT

PEJABAT JHEANIS PITAS, BLOCK B, BANGUNAN URUSETIA

PEJABAT DAERAH PITAS

PETI SURAT 272,89108 SABAH, MALAYSIA

SUMBER DANA

Setakat ini sumber anak rumah anak yatim Islam ini, adalah semata-mata datangnya daripada sumbangan derma orang ramai. Namun AHLI JAWATANKUASA rumah anak yatim ini, telah merangka  pelbagai strategi bagi mendapatkan dana yang mencukupi bagi menanggung kos operasinya.

ANGGARAN KOS OPERASI BULANAN

I). Anggaran kos bulanan pengurusan rumah anak yatim ini seperti berikut:

a). Makan 1 kepala RM 20 sehari x 25 orang x 30 hari: RM 15,000

b). Perbelanjaan sekolah 1 kepala RM 200 x 25 orang setiap bulan: RM 5,000

c). Kos rawatan 1 kepala RM 50 x 25 orang setiap bulan: RM 1,250

II). Gaji kakitangan

a). Ketua Warden RM 1,500

b). Pembantu Warden RM 900

c). Tukang Masak RM 1,000

d). Tukang Kebun RM 800

e). Guru Agama RM 1,200

f). Admin RM 800

SYARAT KEMASUKAN

1. Anak yang kematian ibu bapa (Yatim piatu)

2. Anak yang kematian ayah atau ibu sahaja (yatim)

3. Anak-anak yang ditinggalkan oleh ibu bapa dan tiada tempat bergantung

4. Anak-anak yang kurang mampu (miskin)

5. Berumur dari 3 tahun hingga  19 tahun

6. Beragama Islam (anak yang bukan beragama Islam akan dipertimbangkan dengan syarat penjaganya memberi persetujuan bertulis bahawa anak tersebut boleh didik dengan cara Islam)

7. Bagi pemohon yang kematian bapa atau ibu atau kedua-duanya hendaklah disertakan sijil kematian ibu bapa atau salah satunya yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

8. Salinan surat beranak yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Borang hendaklah diisi lengkap oleh penjaga dan diserahkan kepada pihak pengurusan Baitul Amin.

No comments:

Post a Comment